CBP edar 1,000 kit penjagaan diri kepada penerima vaksin

Ketua Jabatan Transformasi CBP, Syaiful Arief Syah Mohamed Said (kanan) menyerahkan kit penjagaan diri sumbangan Co-opbank Pertama (CBP) kepada penerima vaksin berkerusi roda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Co-opbank Pertama (CBP) mengambil langkah prihatin dengan mengedarkan 1,000 kit penjagaan diri dan kudapan kepada penerima vaksin AstraZeneca di World Trade Centre (WTC).

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diusahakan institusi perbankan semakin digeruni itu juga menjadi sebahagian daripada inisiatif CBP membantu meringankan bebanan pihak kerajaan dan penerima vaksin secara mental dan fizikal.

Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin ketika ditemui berkata, setiap tahun CBP akan mengeluarkan peruntukan dana bagi menjalankan program kebajikan sebagai langkah prihatin.

Beliau berkata, sejak tahun lalu, CBP giat menjalankan pelbagai program kebajikan berkaitan dengan Covid-19 termasuk menyampaikan beg makanan kepada kumpulan kesihatan dan keselamatan yang bertugas.

“Bagi program pemberian kit penjagaan kesihatan dan kudapan ini dianggarkan sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi 1,000 dan CBP akan menambah jumlah dan kandungan kit mengikut kesesuaian,” katanya pada Khamis.

Ketua Jabatan Transformasi CBP, Syaiful Arief Syah Mohamed Said (kanan) bersama penerima kit penjagaan diri sumbangan Co-opbank Pertama (CBP) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kata Mohd Faris, selari dengan saranan kerajaan, CBP sentiasa menyokong dan mengajak syarikat milik kerajaan dan organisasi swasta untuk turut sama membendung penularan Covid-19.

Menjelas lanjut mengenai harapan CBP, katanya CBP mahu lebih giat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada lebih ramai pelanggan individu dan koperasi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ada beberapa produk pembiayaan yang boleh dinikmati pelanggan yang paling penting adalah patuh syariah seperti Ar-Rahnu yang semakin mendapat perhatian ramai dalam sektor pajak gadai.

“Sesuai dengan anugerah diterima sebagai Koperasi Terbaik Malaysia 2020, CBP akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik selaras visi kerajaan pelan tranformasi seiring penerapan norma baharu,” katanya.