X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja bermotosikal buat bising, biadab kena 'kutip'

Antara remaja bermotosikal yang ditahan di Jalan Kampung Sungai Kelambu, Banting pada Rabu.
A
A

BANTING - Tindakan biadab sekumpulan remaja bermotosikal membuat kecoh dan bising di Jalan Kampung Sungai Kelambu, di sini mengundang padah apabila mereka dicekup polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kegiatan remaja terbabit dilaporkan orang awam kepada pihaknya pada jam 5.30 petang.

"Maklumat awal yang diterima mendapati sekumpulan remaja bermotosikal membuat bising di laluan jalan terbabit.

"Susulan itu, pihak unit MPV dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah ke lokasi terbabit dan berjaya menahan 20 remaja terdiri daripada 17 lelaki dan tiga perempuan berusia lingkungan 14 hingga 21 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Polis menahan 20 remaja bermotosikal termasuk tiga perempuan di Jalan Kampung Sungai Kelambu, Banting pada Rabu.
Polis menahan 20 remaja bermotosikal termasuk tiga perempuan di Jalan Kampung Sungai Kelambu, Banting pada Rabu.

Ahmad Ridhwan berkata, penahanan itu turut dibantu pihak jawatankuasa keselamatan kampung dan kesemua tangkapan serta motosikal telah dibawa ke IPD Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

"Siasatan mendapati, terdapat segelintir remaja berkenaan yang bertindak biadab terhadap ketua kampung yang hadir di lokasi kejadian.

"Polis telah mengeluarkan 39 saman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tegasnya, ibu bapa diingatkan agar memantau pergerakan anak-anak terutamanya di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!