Insiden LRT: 47 penumpang parah

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 47 penumpang mengalami kecederaan parah manakala 166 lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua buah tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya malam Isnin.

Kesemua mangsa yang cedera ringan diberikan bantuan awal di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) menerusi kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dibawa untuk rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

Pada Isnin, beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya cedera dalam insiden membabitkan dua tren.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika tren itu dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Artikel Berkaitan: