Dua tren LRT bertembung, penumpang cedera

LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung mengakibatkan beberapa penumpang mengalami kecederaan kira-kira jam 9.15 malam Isnin.

Prasarana menerusi kenyataan memaklumkan bahawa kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.

"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.

"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya.

Video dan gambar mengenai insiden itu turut tular di media sosial yang memperlihatkan penumpang bergelimpangan dan ada yang mengalami kecederaan serta berdarah.

Artikel Berkaitan: