PKPD: APM guna dron bantu PDRM

Ahmad Muafiri (kanan) sedang mengawal dron untuk meninjau sekitar kawasan Pusat Perdagangan Greentown, di sini, bagi melihat pematuhan orang ramai terhadap pematuhan SOP dengan kerjasama polis pada Isnin.
Ahmad Muafiri (kanan) sedang mengawal dron untuk meninjau sekitar kawasan Pusat Perdagangan Greentown, di sini, bagi melihat pematuhan orang ramai terhadap pematuhan SOP dengan kerjasama polis pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak menggunakan dron bagi membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Hulu Kinta.

Pegawai Unit Operasi APM Perak, Leftenan (PA) Ahmad Muafiri Mohamad Khata berkata, kerjasama strategik itu dibuat bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan di kawasan tertentu di sekitar Ipoh.

Menurutnya, visual yang dirakam di kawasan tertentu akan dikongsi dengan pihak polis untuk mereka melihat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang ramai di kawasan PKPD ditetapkan.

"Ini merupakan kerjasama strategik APM dengan pihak IPD Ipoh dalam pelaksanaan penguatkuasaan di kawasan PKPD bagi Mukim Hulu Kinta ini. Setiap lokasi tinjauan ditentukan oleh pihak polis.

"Setakat ini tiga lokasi telah dilaksanakan pemantauan menggunakan dron iaitu di Pasar Awam Gunung Rapat, Pasar Awam Kampung Simee dan Pusat Perniagaan Greentown," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui meninjau kawasan Pusat Perniagaan Greentown, di sini pada Isnin.

Ahmad Muafiri berkata, setiap pemantauan mengambil masa kira-kira satu jam dan ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa serta kesesuaian lokasi.

"Unit Dron APM sebenarnya ditubuhkan bagi tujuan memantau kawasan bencana serta digunakan untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

"APM sedia bekerjasama dengan agensi lain dalam menjalan operasi melibatkan kepentingan serta keselamatan negara," jelasnya.

Artikel Berkaitan: