Anak Zahid minta warganet henti kecam wanita berniqab

Nurulhidayah di laman Instagramnya menunjukkan cara pemakaian pelitup muka semasa berniqab. Tangkap layar Instagram Nurulhidayah pada Ahad.
Nurulhidayah di laman Instagramnya menunjukkan cara pemakaian pelitup muka semasa berniqab. Tangkap layar Instagram Nurulhidayah pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta warganet berhenti mengecam golongan wanita berniqab berikutan isu pelitup muka yang menjadi bualan hangat di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi 2 minit 10 saat di Instagram, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menunjukkan cara pemakaian pelitup muka bersama niqab.

Menurutnya, dia percaya ramai wanita berniqab pasti menggunakan pelitup muka semasa memakai niqab untuk pelindung diri.

"Sebenarnya tiada masalah orang berniqab nak pakai 'mask' di bahagian dalam pun. Kita ada cara untuk memakai 'mask' secara kemas. Selama ini pun saya percaya ramai yang pakai niqab memang buat 'self-protection'.

"Sebenarnya, kita lagi senang nak ikut arahan daripada mereka yang lain kerana arahan daripada ALLAH, insya-ALLAH kita patuh. Tetapi janganlah suka-suka mengecam mereka yang berniqab atau berpurdah," kongsinya pada Ahad.

Nurulhidayah berkata, tujuan video itu dihasilkan adalah untuk mendidik dan memberi kesedaran mengenai pemakaian pelitup muka sekiranya memakai niqab.

"Saya cuma mahu mendidik mereka di luar sana sebenarnya, tiada masalah untuk orang berniqab pakai 'mask'. Saya harap mereka yang berniqab di luar sana jangan sedih-sedih, jangan rasa 'down' teruskan istiqomah dengan niqab," ujarnya lagi.

Nurulhidayah juga sempat bergurau bahawa andai kata sudah memakai pelitup muka namun bentuk hidung masih kelihatan.

Artikel Berkaitan:

"Dah hidung mancung nak buat macam mana?

"Kalau hidung penyek pun nampak bentuk hidung, dah memang nampak sebab material niqab memang lembut. Kita tak pakai material macam jenis jean dekat muka.

"Kepada yang memakai niqab, jangan sedih-sedih, jangan rasa 'down' teruskan istiqamah, Peringatan untuk diri saya juga, kuatkan diri. Insya-ALLAH, dan jangan lupa zikir yang saya kongsikan pada posting saya sebelum ini," katanya turut memberi kata-kata semangat kepada wanita berniqab.

Sebelum ini, heboh di laman sosial, warganet mengecam selebriti Noor Neelofa Mohd Nor yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis lalu atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada Isnin, Neelofa hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban berhubung kes beliau didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Neelofa didakwa melanggar SOP PKP dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir untuk pendakwaan di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah: Ismail Sabri

Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB