X

Kindly register in order to view this article
!

Neelofa selesai beri keterangan tidak pakai pelitup muka

Neelofa selesai memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka.
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Selebriti Noor Neelofa Mohd Nor hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin berhubung kes beliau didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Neelofa didakwa melanggar SOP PKP dengan mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir untuk pendakwaan di Mahkamah Majistret di sini pada 20 Mei lalu.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dan peguamnya.

Neelofa ketika ditemui hanya menjawab ringkas, pihaknya telah memberi kerjasama dengan pihak polis.

"Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, terima kasih," katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihak polis telah memanggil Neelofa untuk memberikan keterangan berhubung siasatan.

Katanya, kira-kira jam 10.10 pagi, Neelofa telah hadir bersama suaminya dan dua peguam.

"Keterangan diambil bermula jam lebih kurang 10.20 pagi dan selesai pada jam lebih kurang 11.30 pagi.

"Sepanjang proses siasatan dijalankan, Neelofa memberi kerjasama yang baik dan mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan," katanya.

Pada, Jumaat lalu, Mohd Said memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa, yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Katanya, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaandan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sentiasa dipatuhi," katanya.

Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada jam 10.15 pagi.
Neelofa hadir ke IPD Seremban ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, dan peguamnya pada jam 10.15 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah: Ismail Sabri

Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!