X

Kindly register in order to view this article
!

Bank Rakyat tumpu bantu pelanggan terkesan Covid-19

Bank Rakyat
A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat akan melanjutkan tempoh Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang akan berakhir pada 30 Jun 2021 khusus untuk pelanggan yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

Selaras dengan pengumuman berhubung Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) pada 12 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan kewangan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, Bank Rakyat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.

“Bantuan ini dilanjutkan khusus buat pelanggan yang masih menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Syed Abdul Aziz berkata, antara kriteria pelanggan yang boleh memohon bantuan itu ialah pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji, pelanggan yang mengalami pengurangan gaji atau pendapatan serta pelanggan yang mana pasangan turut terjejas juga boleh memohon bantuan tersebut.

“Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terjejas yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memberi fleksibiliti dalam pembayaran pembiayaan,” katanya.

Permohonan lanjutan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dibuat bermula1 Julai 2021 dan pelanggan perlu menghubungi bank menerusi emel di [email protected] dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.

Pelanggan juga boleh menghubungi pusat panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk merancang pembayaran pembiayaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!