Rakyat Kelantan berpeluang saksi gerhana bulan pada Rabu

Jabatan Mufti Kelantan berkongsi artikel tentang gerhana bulan penuh pada Rabu ini.
Jabatan Mufti Kelantan berkongsi artikel tentang gerhana bulan penuh pada Rabu ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Rakyat di Kelantan berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh pada Rabu ini.

Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata, fasa gerhana bulan itu berlaku dalam beberapa peringkat bermula jam 7.11 malam.

“Fasa pertama (7.11 malam) tidak dapat dilihat, bagaimanapun kita dapat melihat kemuncak gerhana bulan penuh itu selang tujuh minit berikutnya pada jam 7.18 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut Nik Abdul Kadir, gerhana bulan itu akan tamat jam 7.25 malam.

Beliau berkata, menariknya gerhana bulan yang berlaku pada Rabu ini merupakan kali pertama berlaku bagi tahun 2021.

"Kali terakhir ia dapat dilihat pada 16 Julai 2019.

"Antara amalan khusus yang boleh dilakukan semasa fenomena tersebut ialah melihat gerhana, solat gerhana dan khutbah gerhana," katanya.

Artikel Berkaitan: