Pemilik akaun FB N9 Radar dipanggil polis

Antara hantaran yang dimuat naik N9 Radar.
Antara hantaran yang dimuat naik N9 Radar.
A
A
A

NILAI - Polis meminta pemilik akaun Facebook N9 Radar, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk memberi keterangan berhubung hantaran dimuat naik, yang boleh menimbulkan kegentaran awam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kenyataan laman sosial N9 Radar, berkaitan Nilai 3 yang dikatakan terletak di Selangor.

"Pihak PDRM menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran Negeri Sembilan dan bukannya terletak dalam negeri Selangor.

"Kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook N9 Radar boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan menyebabkan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau berita yang tidak benar di laman sosial.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk terus kekal patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: