Tidak adil kaitkan UMNO dengan kegagalan PN: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Mengaitkan UMNO dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani Covid-19 merupakan satu tuduhan yang tidak adil.

Presidennya, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO menganggotai kerajaan PN, namun ia tidak bermaksud parti tersebut terlibat dalam penentuan dasar negara.

Ahli Parlimen Bagan Datuk sebaliknya berkata, segala ketetapan yang dilakukan untuk negara dilakukan sepenuhnya oleh kerajaan PN termasuk dasar berkaitan pengurusan pandemik Covid-19.

"Penentuan dasar negara menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan.

“Iaitu tatkala institusi Parlimen digantung atas sebab-sebab yang masih dimusykilkan. Justeru tidak patut ada pihak cuba 'menjebak' parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19.

“Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti UMNO. Gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menambah, ia tidak pula bermaksud UMNO tidak mempedulikan nasib rakyat kerana partinya sebelum ini banyak memberikan pandangan kepada kerajaan melalui platform bukan Parlimen.

“Malangnya kebanyakan pandangan dan nasihat mengenai Covid-19 itu kurang diberi perhatian. Mengapa jadi begitu saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya.

Artikel Berkaitan:

“Apapun kita terus berdoa yang baik-baik untuk rakyat dan negara dalam berdepan ancaman Covid-19,” ujarnya.