Chelsea sukar ke final tanpa Werner

Werner
Werner
A
A
A

OWEN Hargreaves percaya Chelsea kendalian Thomas Tuchel tidak akan mara ke pentas final Liga Juara-Juara hujung bulan ini sekiranya masih menggunakan khidmat Olivier Giroud berbanding Timo Werner.

Malah menurut Hargreaves, sumbangan Werner terhadap The Blues ternyata memberi impak positif baik saingan domestik dan Eropah walaupun pada penampilan awal pemain Jerman tersebut berdepan kesukaran menyesuaikan diri pada awal musim.

"Tuchel telah melakukan pemilihan yang tepat apabila sering mengunakan khidmat Werner sehingga membawa Chelsea ke tahap ini.

"Giroud pula merupakan penyerang yang memiliki penyudah tajam, namun jika khidmatnya digunakan sepanjang Liga Juara-Juara atau Piala FA, mampukah Chelsea ke final?, berkemungkinan tidak," katanya.

Werner musim ini meledak 12 gol berkongsi kedudukan dengan Tammy Abraham yang tidak beraksi sejak Februari lalu diikuti Giroud dengan 11 gol.

Bekas pemain tengah itu mengakui bahawa bekas pemain RB Leipzig tersebut memainkan peranan penting dalam melicinkan pergerakan sistem dalam kalangan pemain The Blues di padang.

“Jika diperhatikan Werner memberikan nilai tambah dalam memberi tekanan dan merampas kembali bola terhadap setiap lawan Chelsea.

"Dia pemain serba boleh yang boleh berlari di setiap saluran, selain mampu beraksi kiri dan kanan termasuk bahagian tengah.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun berdepan kesukaran menjaringkan gol, namun saya puji karekter tidak mengalah Werner terutama ketika berusaha menyesuaikan diri dengan rentak permainan bola sepak liga Inggeris," katanya.