Silap terima pesanan punca pelanggan mengamuk

Video tular seorang lelaki memarahi kakitangan sebuah restoran makanan segera di Ampang pada Rabu.
Video tular seorang lelaki memarahi kakitangan sebuah restoran makanan segera di Ampang pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Hanya kerana silap menerima pesanan menjadi punca seorang pelanggan memarahi kakitangan sebuah restoran makanan segera di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita yang bertugas sebagai pengurus restoran makanan segera berkenaan pada jam 4.30 petang.

"Dalam laporan tersebut, seorang lelaki datang ke kaunter pesanan dan memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana telah silap menerima pesanan. Kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah hari," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Mohamad Farouk berkata, polis telah merakam percakapan pengadu dan melawat tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan dialami pengadu. Pihak pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes," kata beliau.

Pada Rabu, tular satu video tular berdurasi 2 minit 8 saat memaparkan seorang pelanggan memarahi seorang kakitangan restoran berkenaan sebelum menepis barangan di atas kaunter tersebut hingga berselerak di atas lantai.

Artikel Berkaitan: