FIFA membisu kematian pemain muda Palestin

Said Yousef Odeh (kanan) dan Muatah al-Zaanin maut dalam serangan jet Israel di Genting Gaza. - Agensi
Said Yousef Odeh (kanan) dan Muatah al-Zaanin maut dalam serangan jet Israel di Genting Gaza. - Agensi
A
A
A

ZURICH - Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) didakwa masih membisu dan enggan mengeluarkan sebarang reaksi bagi mengutuk pembunuhan dua pemain muda Palestin.

Minggu lalu, Muath Al-Zaanin, 23, maut bersama dua rakannya dalam serangan dron Israel di Beit Hanun, utara Gaza.

Sementara Said Yousef Odeh, 16, ditembak menggunakan peluru hidup oleh tentera Israel di Odla berhampiran Nablus.

Selain FIFA, tiada anggota badan induk bola sepak dunia itu mengutuk kekejaman Israel.

Pada 2016, Human Rights Watch (HRW) menuduh FIFA menutup sebelah mata terhadap kesalahan dilakukan Persatuan Bolasepak Israel (IFA).

Dalam laporannya, HRW mendedahkan FIFA tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap IFA yang terang-terang telah melanggar peraturan badan induk itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: