Neelofa, suami akan didakwa esok

Neelofa, suami akan didakwa pada jam 9 pagi atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.
Neelofa, suami akan didakwa pada jam 9 pagi atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai untuk membeli karpet.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Selebriti popular Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berkunjung ke Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa akan dituduh atas kesalahan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke dalam premis atau menulis secara manual.

Menurutnya, suaminya juga turut berdepan pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB.