Dua maut pusat hiburan terbakar

Pasukan penyelamat dapat mengeluarkan mayat mangsa.
Pasukan penyelamat dapat mengeluarkan mayat mangsa.
A
A
A

IPOH - Dua lelaki ditemukan maut manakala seorang lelaki kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah pusat hiburan di Times Square, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Tai Chee Kin, 36 dan Lau Wai Hoong, 37, maut akibat sesak nafas.

Mangsa kritikal berusia 39 tahun sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, seramai 31 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh dengan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dihantar ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

Operasi menyelamat dilakukan di pusat hiburan tersebut.
Operasi menyelamat dilakukan di pusat hiburan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, terdapat 10 mangsa terlibat dalam kejadian di tingkat empat bangunan terbabit.

“Dua lelaki terbunuh, seorang kritikal dan empat mangsa yang selamat dapat dikeluarkan dengan menggunakan jentera Aeriel Ladder Platform (ALP).

“Mereka dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, operasi masih diteruskan apabila tiga lagi mangsa tidak dapat dikesan dan operasi pencarian sedang dilakukan.