Abdul Hadi dakwa terdapat pihak pertahan hak Israel

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat sesetengah pihak yang memainkan peranan dalam media di Malaysia dengan mempertahankan hak Israel atas nama kemanusiaan.

Abdul Hadi berkata, perbuatan itu jelas dilakukan oleh pihak yang buta sejarah dan sanggup melakukannya demi menjadi khadam duit.

“Gerakan yang dipengaruhi fahaman Zionis mendapat perlindungan politik dan agensi media antarabangsa sejak dahulu lagi seperti Reuters, Associated Press (AP) dan lain-lain media terkini.

“Peranan media ialah melindungi keganasan yang dilakukan oleh gerakan Zionis dan membersihkan segala kejahatan mereka yang paling ganas.

“Mereka melindungi perjuangan yang merosakkan dunia dengan mewujudkan pergolakan politik yang telah mencetuskan dua perang dunia dengan mengorbankan berjuta-juta angka korban manusia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Selain itu, Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas itu berkata, al-Quran telah menyatakan bahawa keganasan yang paling kejam terhadap manusia dilakukan oleh kaum Yahudi.

Menurut beliau, ia sekali gus menyebabkan mereka menjadi kaum yang paling hina setelah mereka diberikan kemuliaan oleh ALLAH SWT.

“Hanya segelintir sahaja daripada kalangan mereka itu beriman, manakala sebahagian besarnya jahat dilaknat oleh ALLAH SWT dan mereka tersebar luas ke pelbagai tempat setelah dihalau kerana melakukan kejahatan dari segi agama, politik, ekonomi dan sosial.

Artikel Berkaitan:

“Dalam diri mereka ditanam dengan kefahaman bahawa mereka ialah bangsa pilihan ALLAH SWT sejak dahulu hingga kini, walaupun bangsa mereka sudah melakukan pelbagai bentuk penyelewengan.

“Sedangkan bangsa lain pula bagi mereka hanyalah bertaraf binatang selari dengan teori Darwin," katanya.

Tambah beliau, agenda Zionis bermula dengan menubuhkan berbagai-bagai pertubuhan dan menguasai gerakan tertua serta gerakan rahsia sejak sebelum Masihi.

Jelasnya, strateginya adalah dengan membawa fahaman kemanusiaan yang menggunakan akal seperti liberalisme, agenda reformasi, kemanusiaan dan lain-lain yang sememangnya tidak menepati istilah Islam.

“Seterusnya mereka bergerak melalui cabang-cabang pertubuhan politik, ekonomi, sosial, media, kebudayaan, hiburan dan akhirnya menyusup ke dalam parti-parti politik bagi mempengaruhinya di bawah blok yang telah diaturkan.

“Khususnya melalui negara kuasa besar, bahkan di setiap cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Majlis Keselamatan yang dibayangi oleh kuasa veto dan agensi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bertujuan mengembalikan semula Negara Agung Yahudi (Greater Israel) di Palestin,” jelasnya.