Ambil serius ancaman phishing Israel

Phishing adalah teknik mengumpan, memperdayakan dan memberikan maklumat bagi memudahkan si pelaku mengakses data individu.
Phishing adalah teknik mengumpan, memperdayakan dan memberikan maklumat bagi memudahkan si pelaku mengakses data individu.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia tidak harus memandang ringan terhadap ancaman Israel berhubung kempen penggodaman phishing yang mereka lancarkan ke atas negara ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, rakyat negara ini harus mempunyai sekurang-kurangnya teknik asas bagi mengelakkan insiden phishing, iaitu sejenis jenayah siber yang bertujuan mencuri data pengguna.

“Phishing ini secara amnya satu teknik untuk mengumpan, memperdaya dan memberikan maklumat (untuk mereka) mengakses.

“Seterusnya mengakibatkan mangsa kehilangan dan diceroboh data peribadi. Mangsa mungkin akan hilang kawalan ke atas laman web atau akaun peribadi mereka,” katanya kepada Sinar Harian.Beliau mengulas mengenai kempen phishing oleh Israel yang menyasarkan laman-laman Facebook Malaysia pada Ahad.

Noor Nirwandy berkata, bagi mencegah serangan phishing, apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengaplikasikan dua peringkat kata laluan.

Dr Noor Nirwandy
Dr Noor Nirwandy

“Contohnya kalau menggunakan telefon, gunakan cap jari dan kata laluan asas,” katanya.

Noor Nirwandy turut menggesa pengguna agar tidak mudah tertarik dengan iklan-iklan yang menawarkan pelbagai keuntungan lumayan.“Mereka juga perlu berhati-hati apabila membuka emel yang diragui khususnya emel yang bukan datang daripada sumber yang dipercayai.

Artikel Berkaitan:

“Mereka perlu mengakses ke laman web atau laman tertentu dan bukannya terus mengakses secara pautan.“Maksudnya, jika akses berbentuk pembayaran, mereka mesti akses ke pusat perbankan terbabit tanpa melalui pautan pihak ketiga,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia tidak terlalu panik, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dan menyerahkan segala aktiviti berkaitan keselamatan siber negara kepada pihak berkuasa seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

Israel
Israel

Sementara itu, Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook memberikan beberapa panduan kepada orang ramai supaya tidak terperangkap dengan kempen phishing berkenaan.Antara panduan tersebut ialah orang ramai perlulah sentiasa mengemas kini berita-berita mengenai sekuriti siber.

“Jangan percaya 100 peratus kepada maklumat berasal daripada emel, nombor telefon yang tidak dikenali, sentiasa berwaspada dan membuat semakan serta mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan atau keluarga sebelum membuat apa-apa tindakan yang diminta.

“Pasang perisian antivirus yang boleh menyemak lampiran emel dan semak keselamatan laman web.

“Selain itu, pastikan perisian selalu dikemas kini dan jangan buka emel lampiran atau pautan daripada pihak yang tidak dikenali,” jelas Choong Fook.

CHOONG FOOK
CHOONG FOOK