Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan dolar AS diniagakan lebih lemah berikutan data jualan runcit AS yang kurang memberangsangkan pada minggu lalu.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.1250/1290 berbanding unit negara maju daripada 4.1290/1325 pada penutupan Isnin.

Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ketika kelemahan dolar AS masih terlalu banyak konsensus, kebimbangan terhadap kes Covid-19 terus mempengaruhi dagangan tukaran asing Asia.

“Pandemik dan isu-isu berkaitan telah mengubah unit tempatan secara negatif yang mana peningkatan mendadak kes telah menyebabkan kerajaan untuk mengenakan semula sekatan pergerakan atau kembali melaksanakan langkah pergerakan yang lebih terhad,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0913/0945 daripada 3.0915/0953 sewaktu ditutup Isnin dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7768/7808 daripada 3.7808/7847.

Bagaimanapun, unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8365/8438 daripada 5.8223/8289 dan jatuh berbanding euro kepada 5.0144/0196 daripada 5.0184/0235.

Artikel Berkaitan: