Israel tolak gencatan senjata

Kesan kemusnahan akibat serangan roket Israel di Gaza. - Agensi
Kesan kemusnahan akibat serangan roket Israel di Gaza. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Seorang pegawai kanan Israel pada Isnin berkata, Tel Aviv tidak komited untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Palestin.

Kenyataan angkuh itu dibuat selepas kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza memasuki minggu kedua yang menyaksikan angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita.

"Tiada rundingan, tiada cadangan, tiada apa-apa di atas meja," katanya.

Tambah pegawai terbabit, orang tengah yang paling dipercayai untuk rundingan dengan pejuang Hamas adalah Mesir.