Kerani rugi lebih RM255,000 ditipu menang peraduan RM3,300

Gambar hiasan: (Gambar kecil:Superintendan Elias Omar)
Gambar hiasan: (Gambar kecil:Superintendan Elias Omar)
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang kerani di kedai buku kerugian RM255,250.99 akibat terpedaya konon memenangi satu peraduan anjuran sebuah syarikat makanan terkenal pada 17 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Elias Omar berkata, wanita berusia 25 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp yang memaklumkan mangsa memenangi peraduan bernilai RM3,300.

Beliau berkata, wanita tersebut kemudian diarah memasukkan wang bagi mencukupkan nilai pada cek yang disediakan oleh pihak syarikat makanan tersebut.

"Mangsa tanpa membuat semakan terlebih dahulu membuat pindahan wang sebanyak 52 kali ke lapan akaun berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM), kaunter bank dan pindahan wang melalui mesin ATM sebanyak RM 255,250.99.

"Mangsa mula curiga dan mula sedar ditipu apabila suspek terus meminta mangsa membuat pindahan wang sebelum membuat laporan pada 10 Mei 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Elias berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

Dalam pada itu beliau berkata, orang ramai diminta membuat semakan terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'Check Scammers CCID di aplikasi Playstore bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersial terkini melalui https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/ dan https://www.facebook.com/JSJKPDRM/.

Artikel Berkaitan: