X

Kindly register in order to view this article
!

Guru mangsa Covid-19 tekad bangkit didik anak bangsa

Maznah kembali bertugas sebagai pendidik selepas pulih daripada Covid-19 yang hampir meragut nyawanya.
A
A

PASIR MAS - Seorang guru yang pernah terkena jangkitan Covid-19 tetap bersemangat untuk kembali menggalas tugas sebagai pendidik meskipun terpaksa menabur bakti secara dalam talian menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Ahad sehingga 27 Mei ini.

Maznah Mukhtar, 50, berkata, semangatnya tidak pernah luntur untuk melaksanakan tanggungjawab itu walaupun baru sahaja pulih selepas tidak sedarkan diri ekoran serangan Covid-19 baru-baru ini.

"Syukur kepada ALLAH yang memberikan semula nikmat kesembuhan kepada saya selepas diuji dengan penyakit itu.

"Mengikut kata doktor, saya sudah berada di tahap lima ketika itu dan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan mesin oksigen untuk meneruskan hidup," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, bagaimanapun dengan izin Yang Maha Esa dia kembali pulih daripada serangan yang disifatkan cukup 'menakutkan' itu.

Maznah berkata, hari ini dia kembali bertugas dengan mengadakan kelas secara dalam talian bersama para pelajar.

"Saya gembira dapat kembali bertugas sebagai pendidik kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada 'darah daging'," katanya.

Maznah berkata, seluruh masyarakat diseru untuk memperbanyakkan doa kepada ALLAH supaya dilindungi daripada pandemik ini.

Katanya, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) perlu terus diamalkan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

"Setiap kali sesi PdPR saya akan selitkan perkara ini (SOP) sebagai peringatan kepada pelajar," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!