Move on lah Fitri, hormat yang lain: Bazli UNIC

No Image Caption
A
A
A

SALAH seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli memuat naik status di laman Instagramnya berhubung kumpulan mereka.

Menurut Bazli, mesej yang ditujukan kepada bekas vokalis, iaitu Fitri Haris masih menyanyikan lagu-lagu UNIC.

Bahkan, dia menganggap konsert Fitri yang bakal diadakan dalam bulan yang sama adalah satu perkara yang melucukan. Ini kerana UNIC juga akan mengadakan konsert mereka pada awal Disember 2018.

Bazli juga memberitahu satu perbincangan telah diadakan sekitar dua bulan lalu antara UNIC dan Fitri.

"Ayuh Fitri move on please pit. Bina karakter sendiri, identiti sendiri, kekuatan dan follower sendiri. Yakin dengan kemampuan diri sendiri boleh pergi lebih jauh tanpa dibayangi UNIC.

"Ada sebab saya post hal ini. Dua bulan lalu kita dah bincang elok perkara ini, dah selesai elok dah kan," katanya.

Bazli turut berharap entry di muat naiknya itu tidak salah ertikan, namun meminta agar Fitri menghormati barisan penyanyi UNIC lain.

"Harap jangan salah faham, bukan nak suruh stop bukan nak dengki bukan nak gaduh, nak harmoni. Cuma nak ajak jom kita bekerja dengan lebih smart dan profesional serta bina identiti sendiri itu saja.

"Good luck! Moga sama-sama brjaya dengan cara masing-masing. Tolong hormat perasaan @fakhrulunic dan @najdiunic ada masa sesuai kita bergabung lah macam mana nanti," akhirinya.

Sementara itu, Najdi pula menulis "Kau tak hormat bisnes kawan-kawan. Kau melampau. Kami dah call selesaikan tapi tiada perubahan," tulis Najdi di IG miliknya.

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Fitri juga boleh menyanyi lagu rock]