Ini haram Norman...

Pelakon, Norman Hakim
Pelakon, Norman Hakim
A
A
A

PELAKON, Norman Hakim berkongsi rakaman video pendek memaparkan reaksi bapanya berhubung kononnya dia memakai tattoo.

Pun begitu, ia hanyalah sekadar tattoo tampal dan tujuan bergurau dengan ibu bapanya.

Menerusi video klip tersebut, bapa Norman menegur dengan berbunyi, "Tak boleh ini haram... sembahyang tak sah," tegur si bapa.

Dalam perkongsian sama pelakon Gerak Khas itu turut meminta maaf kepada kedua orang tuanya gara-gara hanga menyakat sebagai anak.

"Nahhh!! Video 1st impression ayah tengok saya ber #faketatoo macam comel je...ye lah sebab dia dah umur 85 tahun.

No Image Caption

"Cuba kalau umur dia 58, sure saya kena rembat kaw kaw punya! Ampun ayah dan makku beribu-ribu ampun.

"Sembah anakanda harap diampun anakanda bergurau sahaja love both of you so so much," tulis Norman di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan:

Hasil tinjaun Sinar Harian di ruang komen, rata-rata peminat terhibPur melihat reaksi bapanya menegur pelakon itu.