Putera Harry bikin kontroversi lagi

Harry dan Meghan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. - Foto: Agensi
Harry dan Meghan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Putera Harry sekali lagi mendedahkan ‘kepincangan’ dalam keluarga diraja Britain menerusi wawancara audio siar (podcast), Armchair Expert bersama hos Dax Shephard yang disiarkan pada Khamis.

Duke of Sussex terbabit memberi alasan beliau nekad berpindah bersama isteri, Meghan Markle dan anak mereka, Archie ke California, Amerika Syarikat (AS) untuk mengelakkan penderitaan sama yang dialami bapanya, Putera Charles.

“Beliau melayan saya sama seperti layanan diterimanya. Saya hanya mahu pastikan saya tidak berada dalam situasi sama dan berubah demi anak-anak saya,” kata Harry yang tidak menyalahkan bapanya kerana bersikap sedemikian kerana ‘terikat’ dengan keluarga diraja.

Harry juga menyatakan beliau mula menyimpan hasrat melepaskan keistimewaan diraja ketika berusia awal 20-an kerana memikirkan impak besar termasuk menjadi buruan paparazi yang terpaksa dihadapi ibunya, Puteri Diana.

Menerusi wawancara itu, beliau juga menyatakan akan berkolaboratif dengan Oprah Winfrey sekali lagi untuk siri dokumentari kesihatan mental berjudul, The Me You Can’t See yang akan disiarkan di Apple TV+ pada 21 Mei ini.

Pada Mac lalu, temu bual kontroversi pasangan tersebut Winfrey telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak tentang pelbagai isu termasuk rasisme yang sedikit sebanyak turut mencalar imej keluarga diraja Britain. - AFP

Artikel Berkaitan: