Pasukan petugas khas ditubuhkan siasat isu kuil

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan itu yang dikenali sebagai Op Seafield diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan menggabungkan personel daripada JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawahnya bagi menjalankan siasatan.

“Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan, sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu 21 kereta dan enam motosikal yang telah dibakar, sembilan pisau dan dua bilah parang, tujuh pasang kasut dan tiga vest.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Pasukan khas kuil akan fail rayuan ]

“Pihak polis juga telah menangkap 30 individu terdiri daripada 24 orang Melayu, dua orang India Muslim, tiga orang India dan seorang Cina dan semua mereka telah direman dengan tempoh reman berlainan sementara lima orang individu yang baru ditangkap semalam direman hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberi penjelasan kepada dewan berhubung isu kekecohan di kuil berkenaan yang bermula sejak awal pagi Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: