Cemas kereta terbakar

Anggota bomba sedang memadam kebakaran di bahagian hadapan kereta berkenaan. -Foto: Ihsan bomba
Anggota bomba sedang memadam kebakaran di bahagian hadapan kereta berkenaan. -Foto: Ihsan bomba
A
A
A

SEGAMAT - Dua lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki terbabas lalu terbakar di Stor Getah, Jalan Muar-Labis pada petang Rabu.

Kedua-dua mangsa yang berusia 31 dan 15 tahun itu bagaimanapun terselamat apabila berjaya dikeluarkan orang ramai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.35 petang, sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Apabila sampai di lokasi, kita dapati kebakaran itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona selepas terbabas dalam kemalangan jalan raya.

"Bagaimanapun, kebakaran hanya melibatkan bahagian hadapan kereta dan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran salur bantu mula," katanya.

Jelasnya, kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan semasa kemalangan jalan raya dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

Mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Labis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: