Tiada larangan kenderaan barangan di jalan raya ketika Aidilfitri

MOT tidak mengenakan larangan terhadap kenderaan barangan untuk berada di atas jalan raya sepanjang perayaan Aidilfitri. Foto Bernama
MOT tidak mengenakan larangan terhadap kenderaan barangan untuk berada di atas jalan raya sepanjang perayaan Aidilfitri. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di atas jalan raya semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak akan dilaksanakan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataannya berkata, ia susulan larangan rentas negeri dan daerah seluruh negara telah telah dikuatkuasakan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

"Setiap tahun perintah larangan terhadap kenderaan barangan dikeluarkan, namun memandangkan larangan rentas negeri dikuatkuasakan, MOT tidak akan melaksanakan larangan tersebut," katanya pada Selasa.

MOT dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa mengutamakan keselamatan di musim perayaan.

Artikel Berkaitan: