4 penunggang motosikal dirempuh ketika berteduh di bawah jejantas

Sekumpulan penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejantas dirempuh Toyota Hilux di Kamunting, semalam.
Sekumpulan penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejantas dirempuh Toyota Hilux di Kamunting, semalam.
A
A
A

KAMUNTING - Sekumpulan empat penunggang motosikal yang berteduh dari hujan lebat di bawah jejantas dirempuh sebuah pacuan empat roda di KM204.4 Lebuh Raya Utara - Selatan, semalam.

Kejadian sekitar jam 5.20 petang itu mengakibatkan dua wanita masing-masing berusia 22 tahun patah kaki dan paha serta cedera parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, dua penunggang lelaki berusia 19 dan 20 tahun pula dilaporkan cedera ringan serta cedera di bahagian belakang badan dan kaki.

"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 29 tahun telah terbabas lalu berpusing.

"Keadaan itu mengakibatkan kenderaan terbabit melanggar dua motosikal jenis Yamaha LC, Yamaha Lagenda dan Honda 125 yang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejantas terbabit," katanya.

Menurutnya, kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Pemandu terbabit telah diambil keterangannya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: