X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Shahrul, De Paula perkuat Harimau Selatan

De Paula (dua kiri), Mora (tengah), Shahrul (dua kanan) dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards selepas majlis menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan pada Sabtu. - Foto Johor Southern Tigers
A
A

KELAB tangga kesembilan Liga Super, Perak FC berdepan tugas getir menjelang kunjungan Sri Pahang FC bagi aksi liga di Stadium Perak Ahad ini selepas dua tonggak mereka Shahrul Saad dan Guilherme de Paula menyertai penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kemasukan dua pemain berpengaruh dalam skuad The Bos Gaurus ke pasukan Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora tersebut diumumkan menerusi laman Johor Southern Tigers pada Sabtu.

De Paula (kiri) dan Shahrul menyertai pasukan Harimau Selatan. - Foto Johor Southern Tigers
De Paula (kiri) dan Shahrul menyertai pasukan Harimau Selatan. - Foto Johor Southern Tigers

Shahrul permain berusia 27 tahun yang beraksi di posisi pertahanan akan menyarung jersi bernombor 32 manakala de Paula penyerang naturalisasi berusia 34 tahun akan menyarung jersi bernombor 31.

Kedua-dua pemain tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan The Bos Guarus yang kini dipercayai bergelut dengan isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!