X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Aidilfitri: Polis adakan sembilan SJR di KL

Sembilan sekatan jalan raya (SJR) dirancang diadakan di Kuala Lumpur bagi memastikan tiada aktiviti rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran berlaku menjelang Aidilfitri ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sembilan sekatan jalan raya (SJR) dirancang diadakan di Kuala Lumpur bagi memastikan tiada aktiviti rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran berlaku menjelang Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pelaksanaan SJR itu penting dalam memastikan SOP sentiasa dipatuhi oleh masyarakat.

"Setakat ini polis Kuala Lumpur sasarkan sembilan SJR bagaimanapun jumlah pegawai dan anggota yang terlibat akan ditentukan kemudian.

"Untuk Putrajaya pula, buat masa ini terdapat empat SJR yang didirikan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kali ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar kejayaan tangkapan narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Azmi berkata, pihaknya bersama beberapa pihak lain akan mengadakan mesyuarat berkaitan pelaksanaan SJR ini.

"Pada mesyuarat ini nanti, kita akan tentukan jumlah pegawai dan anggota yang bakal dikerah untuk SJR seluruh Kuala Lumpur.

"Kita juga akan menyelaraskan SJR membabitkan sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor untuk PKP 3.0 ini dan akan memperketatkan lagi tahap kawalan pematuhannya," katanya.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP di Kuala Lumpur dikuatkuasakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!