Kanak-kanak hilang ditemukan mati

No Image Caption
A
A
A

BELURAN - Kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun yang dilaporkan hilang di tebing Sungai Kampung Muanad 3 di sini petang semalam ditemukan mati pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, mayat Amanual Darius ditemukan oleh penduduk kampung jam 7.47 pagi di sungai berkenaan dipercayai terjatuh 10 meter dari tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti riadah bersama rakannya di tebing sungai itu kira-kira 4.30 petang semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: