X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala

A
A

SIBU - Seorang konstabel percubaan dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di sini hari ini.

Masih belum dipastikan bagaimana kejadian dipercayai kira-kira pukul 7 malam itu berlaku namun Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikatakan berasal dari Pahang itu.

"Kejadian melibatkan anggota yang baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas.

"Siasatan sedang dijalankan oleh IPD Sibu,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan dua anggota lain turut berada di rumah tersebut semasa kejadian. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!