Anak yatim seronok beli baju raya

Muhammad Hafiz (kanan) membantu anak-anak yatim memilih baju raya.
Muhammad Hafiz (kanan) membantu anak-anak yatim memilih baju raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Keceriaan jelas terpancar pada wajah 94 anak-anak yatim apabila mereka dibawa oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) membeli baju raya di gedung tekstil terkenal, Jakel Shah Alam di sini.

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, program berkenaan kali pertama diadakan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Jakel bagi memberi keceriaan kepada anak-anak yatim tersebut.

Menurutnya, tiga pusat anak yatim berkenaan ialah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Kajang; Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Sabak Bernam dan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, Kota Damansara yang berdaftar di bawah YIDE.

Mahfuzah dan Muhammad Hafiz
Mahfuzah dan Muhammad Hafiz

“Sebanyak RM24,490 dana berjaya dikumpul hasil kutipan daripada 400 kakitangan agensi ini sepanjang April lalu untuk diinfakkan bagi menjayakan program tersebut.

“Kali ini kita memperuntukkan kira-kira RM18,000 untuk membeli pakaian raya anak-anak yatim, manakala dana selebihnya akan disalurkan kepada agensi-agensi yang memerlukan,” katanya pada Ahad.Sementara itu, Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik YIDE, Muhammad Hafiz Bahari berterima kasih kepada KDEBWM dan Jakel atas kerjasama untuk menjayakan program tersebut.

Beliau berkata, YIDE turut mengagihkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM775,800 kepada 7,758 anak yatim berdaftar di sembilan daerah di Selangor tahun ini.

“Bantuan RM100 setiap seorang disalur terus ke akaun bank anak yatim secara berperingkat bermula awal Ramadan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anak-anak yatim memilih baju raya kegemaran mereka semasa membeli-belah di Jakel Shah Alam.
Anak-anak yatim memilih baju raya kegemaran mereka semasa membeli-belah di Jakel Shah Alam.