X

Kindly register in order to view this article
!

Bersyukur terima sumbangan Team Secebis Bantuan Sebesar Harapan

Hasnah terharu kerana menerima sumbangan daripada team Secebis Bantuan Sebesar Harapan.
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seramai lima warga emas dan sebuah keluarga orang kurang upaya (OKU) terpilih di Felda Soeharto, di sini menerima sumbangan daripada Team Secebis Bantuan Sebesar Harapan, pada Sabtu lalu.

Serahan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Asdy Global Ventures, Khairul Aswhat Tajul Amar dan Ketua Pegawai Eksekutif HeadShot Gadjet, Naz Zaid.

Seorang penerima, Saharim Saidan, 61, melahirkan rasa syukur kerana dipilih menerima sumbangan tersebut dan terharu dengan kunjungan Team Secebis Bantuan Sebesar Harapan.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya sekeluarga kerana saya sudah tidak mampu untuk melakukan pekerjaan sejak diserang strok beberapa bulan lalu," katanya.

Turut membantu Pengurus Felda Soeharto, Mohd Qasidinoor Asri; Ketua Pegawai Eksekutif Kaereste, Muhamad Hafiz Feroz dan Ketua Kampung Felda Soeharto, Hanippudin Saman.

Sumbangan turut ditaja oleh F&N Beverages dan Kaereste dengan Sinar Harian sebagai akhbar rasmi.

Khairul Aswhat (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Shaharim di kediamannya, pada Sabtu lalu.
Khairul Aswhat (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Shaharim di kediamannya, pada Sabtu lalu.

Seorang lagi penerima, Ramlah Ahmad, 80, yang tinggal seorang diri setelah kematian suami mengalirkan air mata kerana terharu menerima sumbangan tersebut.

“Terima kasih di atas keprihatinan semua dan sumbangan yang diberikan,” katanya dengan nada terharu.

Sementara itu, ibu kepada seorang anak OKU, Norleha Md Som berkata, sumbangan yang diterima memberikan kegembiraan kepada beliau dan keluarga untuk Ramadan kali ini.

"Saya bersyukur. Semoga lebih banyak organisasi atau orang perseorangan yang tampil membantu golongan seperti kami," katanya.

Seorang lagi warga emas, Hasnah Daud turut menyatakan penghargaan besar kepada Asdy Global Ventures yang bersusah-payah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepadanya.

“Terima kasih banyak dengan bantuan diberikan yang dapat meringankan bebanan kami sekeluarga,” ujar Hasnah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!