Jemaah, pelawat asing di Arab Saudi wajib ada insurans Covid-19

Jemaah umrah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19. - Foto AFP
Jemaah umrah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke Arab Saudi kini mesti mempunyai perlindungan insurans Covid-19.

Syarat terbaharu itu diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan pada Ahad, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Langkah ini bertujuan untuk menyediakan rawatan kesihatan kepada individu yang dilindungi insurans jika dijangkiti Covid-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan, tambah SPA. - Bernama

Artikel Berkaitan: