Anwar gesa siasat menyeluruh pendedahan Abdul Hamid

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan menyeluruh dilakukan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai isu campur tangan politik dalam pasukan keselamatan itu.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, pendedahan berkenaan mendukacitakan serta mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebagai sebuah badan utama negara dalam mengangkat kedaulatan undang-undang, PDRM seharusnya bersifat bebas daripada campur tangan politik.

“Campur tangan yang berlaku secara tidak langsung membuktikan pemerintah yang tiada keabsahan ini menggunakan pelbagai cara dan helah untuk berpaut pada kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Katanya, campur tangan tersebut juga telah merobek keyakinan rakyat sehingga boleh menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti PDRM pada saat ini.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut meminta pemerintah menjawab segala dakwaan yang diutarakan oleh Ketua Polis Negara itu.

Pada Jumaat, Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar mendakwa terdapat campur tangan politik menguasai pelantikan dalam hierarki pasukan polis.

Selain itu, beliau turut mengesahkan berlakunya tawar-menawar untuk ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), membuktikan terdapat rasuah politik.

ARTIKEL BERKAITAN: KPN gesa SPRM siasat ahli politik lompat parti

Artikel Berkaitan: