PN adakan mesyuarat khas petang ini

PN dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat pada petang ini.
PN dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat pada petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat pada petang ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini.

Menurut sumber Utusan Malaysia, nasib menteri dan timbalan menteri UMNO juga dipercayai menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat tersebut sama ada mereka ingin kekal bersama PN atau meletak jawatan dan meneruskan perjuangan bersama parti itu.

"Barisan kepimpinan PN dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini," kata sumber itu.

Mesyuarat tersebut dijangka bermula jam 5 petang di Pejabat PN di Publika dan dijangka dihadiri seramai 17 kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Antara yang dijangka hadir ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Dr Dominic Lau dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PN serta Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin juga dijangka hadir.

Antara perkara yang mungkin dibincangkan adalah mengenai tindakan PN sendiri selepas sokongan UMNO tamat pada Ogos supaya kerajaan tidak lumpuh.

Artikel Berkaitan: