Annuar tidak mahu fitnah dikaitkan dengan orang lain

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya hanya melibatkan dirinya seorang sekiranya mahu memfitnah beliau bukan dengan mengaitkan orang lain.

“Saya orang politik tak apalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit. Tapi kalau libatkan orang lain kena jaga nama baik, keluarga orang lain.

“Orang yang disebutkan itu setahu saya daripada keluarga yang cukup terhormat. Saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.

“Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sahajalah. Jangan kaitkan orang lain,” katanya menerusi video WilayahKu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan beliau sudah menikahi penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut mendoakan semua pihak mengambil iktibar dan mengurangkan perkara mungkar sempena bulan Ramadan.

“Tambah perkara-perkara kebajikan. Saya pun tak nak marah-marah. Kita elok sabar sahaja.

“Saya bila tengok perkara itu tengah malam semalam memang tak sedap hati,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, fitnah juga telah menjadi ‘kerja harian’ pada bulan Ramadan.

“Tapi kita nak marah macam mana, kita doa sahaja lah supaya semua orang itu terbuka pintu hati tak payah membuat perkara seumpama itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa