Nora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa

Annuar dan Nora
Annuar dan Nora
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin menjelaskan bahawa laporan mengenainya sudah menikahi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa adalah tidak benar dan tidak masuk akal.

Penyanyi terbabit mengakui tergamam sebaik dimaklumkan anak sulungnya, Muhammad Syakir Iman mengenai laporan tersebut.

“Saya tergelak juga bila membacanya, tapi dalam masa sama perkara itu sangat-sangat tidak masuk akal.

"Saya buat keputusan untuk mengabaikannya kerana itu hanyalah gosip semata-mata, tidak pernah berlaku apa yang dikhabarkan,” tegas Nora kepada ketika dihubungi Astro Awani.

Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Nora kini sudah bernikah sehingga menyebabkan Muhammad Syakir tampil mempertahankan ibunya dengan menafikan Annuar kini bergelar ayah tirinya.

Nora didakwa bergelar isteri kedua tokoh politik itu.

Seperkara lagi, menurut penghibur kelahiran Kelantan itu lagi, beliau dengan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh juga mempunyai pertalian keluarga.

Sementara itu, Nora memohon pihak yang mencetuskan berita palsu mengenai pernikahan beliau dengan Anuar agar berhenti daripada berbicara hal-hal fitnah sebaliknya menumpukan kepada amal ibadah apatah lagi dalam bulan Ramadan ini.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun saya maafkan orang yang menyebarkan berita palsu ini,” kata Nora.

Nora, 48, masih sendirian selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi sekitar empat tahun lalu apabila komposer ternama tanah air itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017.