Lelaki dibaham buaya ditemui dengan kesan gigitan

Mayat mangsa disyaki dibaham buaya ditemui di Sungai Berantian, Tawau pada Rabu.
Mayat mangsa disyaki dibaham buaya ditemui di Sungai Berantian, Tawau pada Rabu.
A
A
A

TAWAU - Mangsa yang dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian di Sungai Berantian pada Rabu.

Mayat, Mazlan Ampung, 26, ditemui pada jam 12.50 tengah hari dengan kesan gigitan pada bahagian pinggang dipercayai akibat dibaham buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Madzlan Sarman berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada malam Selasa berjaya ditemui di sungai terbabit.

"Mangsa telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat dalam jarak 300 meter dari tempat kejadian.

"Ketika ditemui, anggota badan mangsa masih dalam keadaan sempurna, namun ada kesan gigitan pada bahagian pinggang kiri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, adik mangsa, Asriansyah, 21, mengesahkan mayat abangnya sudah ditemui dan kini sedang dibawa ke Hospital Tawau.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa hilang ketika sedang mandi di sungai berkenaan.

Adik mangsa yang menyedari kejadian itu terdengar jeritan dari sungai terbabit sebelum mengesyaki mangsa dibaham buaya.