Hopkins aktor paling tua dalam sejarah menang Oscar

Anthony Hopkins dan Youn Yuh-jung - Foto AFP
Anthony Hopkins dan Youn Yuh-jung - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Anthony Hopkins memenangi kategori pelakon terbaik dalam Anugerah Akademi atau Oscar kali ke-93 menerusi filem Father di Teater Dolby dan Union Station, Los Angeles pada Ahad.

Menurut AFP, dalam anugerah itu, Hopkins yang berusia 83 tahun mencipta sejarah apabila menjadi pelakon paling tua memenangi anugerah tersebut.

Sementara itu, penerbit dan pelakon filem, Frances McDormand menang anugerah pelakon filem terbaik menerusi filem Nomadland yang diarahkan oleh pengarah filem dari China, Chloe Zhao.

Filem Nomadland itu yang mengisahkan tentang penduduk Amerika Syarikat (AS) tinggal di dalam van semasa zaman Kemelesetan Besar di AS juga memenangi kategori filem terbaik.

Pelakon pembantu wanita terbaik pula dimenangi oleh aktres Korea Selatan, Youn Yuh-jung yang berusia 73 tahun menerusi filem Minari yang mengisahkan tentang keluarga imigran Korea Selatan di AS.

Beliau merupakan satu-satunya pelakon Korea Selatan yang memenangi kategori pelakon pembantu terbaik dalam Anugerah Akademi itu.

Dalam pada itu, pelakon lelaki pembantu lelaki terbaik pula dimenangi oleh aktor kulit hitam, Daniel Kaluuya kerana lakonannya sebagai pemimpin parti Black Panther di AS iaitu Fred Hampton dalam filem Judas and the Black Messiah. - Agensi

Artikel Berkaitan: