Pemuda PN Perak umum organisasi

Kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media mengenai pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN Perak pada Sabtu. ( Ahmad Faisal Mohd Puhait)
Kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media mengenai pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN Perak pada Sabtu. ( Ahmad Faisal Mohd Puhait)
A
A
A

IPOH - Pemuda Perikatan Nasional (PN) Perak yang dianggotai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Pemuda Pas Perak dan Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengumumkan ahli jawatankuasa mereka secara rasmi.

Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puhait berkata, pembentukan jawatankuasa tersebut dibuat secara rasmi menerusi mesyuarat pertama sayap gabungan parti itu pada 24 April 2021 di Wisma Purnama, Station 18, di sini.

Menurut beliau, selain membentuk jawatankuasa berkenaan, mesyuarat berkenaan turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan anak muda melibatkan ketiga-tiga parti.

"Mesyuarat ini juga turut membincangkan program bersama Pemuda PN Perak dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat khususnya melibatkan anak muda.

"Dengan terbentuknya Jawatankuasa Pemuda PN Perak, InsyaALLAH segala program dan perancangan Pemuda PN Perak akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya," katanya yang juga Ketua Pemuda Pas Perak dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu.

Sementara itu, barisan kepimpinan Pemuda PN Perak itu menyaksikan Ketua Armada Bersatu Perak, Muhammad Faizul Mohamed Ismail serta Ketua Pemuda Gerakan Perak, Ong Kean Seng dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PN Perak 1 dan 2.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Hafez Sabri pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda PN Perak 3.

Jawatankuasa Pemuda Perikatan Nasional Perak

Artikel Berkaitan:

Ketua Pemuda: Ahmad Faisal Mohd Puait

Timbalan Ketua Pemuda 1: Muhammad Faizul Mohamed Ismail

Timbalan Ketua Pemuda 2: Ir Ong Kean Sing

Timbalan Ketua Pemuda 3: Mohd Hafez Sabri

Setiausaha: Mohamad Helmi Affindi Ali

Penolong Setiausaha 1: Abdul Halim Md Nayan

Penolong Setiausaha 2: Lam Kin Yip

Bendahari: Mohamad Omar Adam

Ketua Penerangan: Mohamad Syafiq Mohamad Razkhi

Ahli Jawatankuasa:

Mohd Zahid Abu Bakar

Mohd Kahar Shamsudin Tahir

Mohamad Adil Mohamad Fadzil

Muhammad Zulfahmi Ramli

Fadzilah Abu Hassan

Megat Shafei Megat Ibrahim

Muhammad Aiman Abdul Majid

Mohd Khairul Anuar Mohd Khairi

Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin

Nur Syazwani Mat Kasim

Goh Yak Hing

Tan Zhen Chuin

Chia Tze Teng

Ng Chong Chun

Chen Hui Ying