PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 10 Mei

JPBN memutuskan untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sarawak mulai 27 April hingga 10 Mei. - Gambar hiasan
JPBN memutuskan untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sarawak mulai 27 April hingga 10 Mei. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak mulai 27 April hingga 10 Mei.

JPBN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif Covid-19 di Sarawak yang masih tinggi.

Sementara itu, sebanyak empat kawasan masing-masing satu di Julau dan Betong serta dua di Sarikei telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Kawasan terbabit ialah Rh. Mut, Nanga Maong, Sungai Mujok, Julau (19 April hingga 2 Mei); Rh. Robert, Ulu Paoh, Sarikei (21 April hingga 4 Mei); Rh. Jawa, Sungai Kerubong Selalang, Sarikei (22 April hingga 5 Mei); dan Kolej Tingkatan Enam, Saratok (23 April hingga 6 Mei),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak lima kawasan dilanjutkan tempoh PKPD melibatkan Sungai Kawi, Sarikei (23 April hingga 6 Mei); Rumah Panjang Jugah, Sungai Bulat, Sarikei (24 April hingga 30 April).

Turut dilanjutkan ialah di Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan, Bintangor, Sarikei (24 April hingga 7 Mei); Rumah Panjang Jalan Bukut Balingian, Mukah (25 April hingga 8 Mei); dan Politeknik Mukah (25 April hingga 6 Mei).

Hari ini terdapat 570 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak selain lima kes kematian baharu direkodkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: