Lelaki 55 tahun ditahan kes surat layang kecam masjid

Sampul berisi surat layang yang dihantar ke Masjid Jamek Bahau Jempol.
Sampul berisi surat layang yang dihantar ke Masjid Jamek Bahau Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan di sebuah rumah di Bahau pada Jumaat selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan surat layang yang dihantar di Masjid Jamek Bahau di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol menyerbu rumah tersebut kira-kira jam 8.10 malam.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan dalam kabinet dapur dipercayai mempunyai kaitan dengan kecaman dan kata-kata kesat ke atas masjid tersebut.

"Siasatan mendapati suspek merupakan bekas pekerja sebuah restoran di Bahau yang diberhentikan oleh majikannya kerana mempunyai masalah disiplin dan sering memarahi pelanggan kedai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan suspek dipercayai kerana tidak berpuas hati terhadap majikannya kerana telah memberhentikannya.

"Suspek akan direman untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 / Sek 298A Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, Chang Hook berkata, orang awam dinasihati supaya tidak menularkan kes berkenaan kerana boleh mengganggu siasatan.

Artikel Berkaitan: