Rumah terbakar, sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Desa, Kluang pada Khamis.
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Desa, Kluang pada Khamis.
A
A
A

KLUANG - Seorang pesara yang baru pulang ke rumah selepas mengambil ubat-ubatan di sebuah klinik tergamam melihat api mula marak di ruang tamu rumahnya di Taman Desa, di sini pada Khamis.

Rahim Omar, 69, bersama anaknya Nur Izzati, 27, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran itu.

Nur Izzati berkata, dia dimaklumkan tentang kejadian itu ketika sedang bekerja di Pejabat Pos Bandar Tenggara.

Menurutnya, ayahnya sempat masuk ke dalam rumah dan mengambil kunci kereta untuk mengalihkan kenderaan yang diletakkan di garaj rumah sebaik tiba di rumah kira-kira jam 10 pagi.

Keadaan kebakaran sebuah rumah di Taman Desa, Kluang pada Khamis.
Keadaan kebakaran sebuah rumah di Taman Desa, Kluang pada Khamis.

"Syukur ayah tidak mengalami sebarang kecederaan. Ayah beritahu api mula marak dari bahagian ruang tamu rumah.

"Jiran berhampiran rumah kami membantu menghubungi bomba. Barang elektrik dan perkakas rumah musnah. Kini kami tinggal sehelai sepinggang dan menyewa sementara di sebuah rumah di Taman Desa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah Nur Izzati, ibunya Roshizah Ibrahim, 61, berada di rumah kakaknya di Pasir Gudang ketika kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran yang berlaku pada bulan Ramadan ini memang tidak terjangka, namun saya bersama tiga beradik lain serta ibu dan ayah reda menghadapinya," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Noorhakim Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.57 pagi.

Ruang tamu kediaman berkenaan yang hangus dalam kebakaran itu.
Ruang tamu kediaman berkenaan yang hangus dalam kebakaran itu.

Katanya, seramai 14 anggota bomba dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

"Operasi ditamatkan lebih kurang jam 11.11 pagi. Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.