Remaja perempuan dinoda bapa, 3 abang kandung

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja perempuan melalui detik hitam apabila mendakwa dirogol dan diliwat oleh bapa serta tiga abang kandungnya sejak lebih setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa berusia 18 tahun yang telah kematian ibu tinggal di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak di sini bersama keempat-empat suspek.

Beliau berkata, kejadian berlaku sejak Februari tahun lalu dan kali terakhir mangsa telah dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh bapa dan tiga abang kandungnya adalah pada akhir Februari lalu.

Menurutnya, ketika kejadian suspek di bawah pengaruh dadah dan mangsa mendakwa diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah.

"Mangsa juga mendakwa kedua-dua tangan dan kakinya diikat menggunakan tali rafia di penjuru katil dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

"Pada waktu malam, mangsa akan dirogol pula oleh bapa kandung dan akan dipukul sekiranya melawan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Sukri sehubungan itu berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 48 tahun termasuk seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa telah ditahan dan kini direman tujuh hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan.

"Hasil saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek mendapati tiga orang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.