X

Kindly register in order to view this article
!

Eskalator Masjid Wilayah Persekutuan diganti baharu selepas 20 tahun

Gimik penyerahan eskalator baharu oleh Habbali (tengah) kepada Mohd Ajib pada Jumaat.
A
A

KUALA LUMPUR - Eskalator berusia 20 tahun di Masjid Wilayah Persekutuan digantikan baharu dengan kos penggantian itu dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, kerja penggantian dua eskalator tersebut telah bermula sejak 20 September tahun lalu dan siap sepenuhnya pada Jumaat.

"Penggantian eskalator tersebut dilakukan disebabkan masalah kerosakan setelah hampir 20 tahun digunakan semenjak Masjid Wilayah siap dibina.

"Kemudahan ini bakal memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan beribadah di Masjid Wilayah Persekutuan terutama orang kurang upaya (OKU), warga emas dan keuzuran lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Majlis penyerahan eskalator baharu yang penggantian bermula 20 September lalu dan siap pada hari ini.
Majlis penyerahan eskalator baharu yang penggantian bermula 20 September lalu dan siap pada hari ini.

Pada jam 10 pagi Jumaat, telah berlangsung majlis penyerahan dua unit sistem eskalator baharu itu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Jawi.

Gimik penyerahan disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR, Datuk Ir Habbali Ibrahim kepada Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail.

MAIWP memperuntukkan kos RM1. 3 juta bagi kerja penggantian eskalator berkenaan termasuk satu unit sistem lif yang masih dalam kerja penggantian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!