Kedudukan UiTM melonjak dalam penarafan THE Impact Rangkings

Kedudukan UiTM melonjak dan berjaya menyertai universiti terkemuka di dunia yang lain berdasarkan penarafan Times Higher Education Impact Rankings terbaharu, yang dikeluarkan pada Rabu.
Kedudukan UiTM melonjak dan berjaya menyertai universiti terkemuka di dunia yang lain berdasarkan penarafan Times Higher Education Impact Rankings terbaharu, yang dikeluarkan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) melonjak dan berjaya menyertai universiti terkemuka di dunia yang lain berdasarkan penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings terbaharu, yang dikeluarkan pada Rabu.

Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Antarabangsa) UiTM,

“Dua lagi SDG kini berada dalam kedudukan 100 terbaik iaitu SDG1 (kedudukan 54, sebelum ini 101-200) dan SDG 4 (kedudukan 95, sebelum ini 101-200),” kata Roziah yang kini memegang jawatan sebagai Naib Canselor universiti itu.

Sebanyak 1,115 universiti di seluruh dunia mengambil bahagian dalam penarafan bagi edisi ketiga THE Impact Rankings itu.

Dalam pada itu, Roziah berkata, tahun ini merupakan tahun kedua penyertaan UiTM dan ia menunjukkan kecemerlangan pencapaian universiti dengan tersenarai sebagai empat terbaik dalam kalangan 19 universiti di Malaysia yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, THE Impact Rankings berbeza daripada penarafan lain kerana ia menumpukan kepada 17 SDG Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menggalakkan keamanan dan kemakmuran.

“Pencapaian tahun ini adalah atas inisiatif bekas Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang memainkan peranan penting dalam menempatkan UiTM dalam pelbagai inisiatif penarafan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: