X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan Kuching ditutup hingga 14 Mei

A
A

KUALA LUMPUR - Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut yang ditutup di kedua-dua hala sejak 19 April hingga 14 Mei ini, mulai 11 malam hingga 5 pagi setiap malam akan menyebabkan gangguan aliran trafik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, penutupan jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan perparitan di lokasi berkenaan dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan serta sebarang kesulitan yang timbul," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!